Isnin, 4 Jun 2012

ku bawa hati ini...

2004... Mya memang tak dapat jauhkan diri dari dia... Setiap hari dia akan tunggu mya di tempat kerja... Pujuk rayunya buat mya kalah... Mya tahu mya salah... Mya tahu mya akan terluka... Tapi mya tak ada sesiapa... Keluarga mya pun sisihkan mya... Hanya dia sahaja yang ambil peduli... Mya dapat surat panggilan ke maktab... Memang mya mohon... Mya nak jauhkan diri dari dia... Tapi bila mya ke sana... Dia datang lawat mya... Dia bagi kata-kata perangsang buat mya... Dia kata dia dan isterinya dah berpisah dan dah pun berkahwin dengan orang lain...

yang indah hanyalah sementara

2003... Mya dikejutkan dengan satu berita yang keluar dari mulut dia... Disaat mya mula mencintai... Di saat mya mula hendak berjalan kembali... "dalam dunia ni semua ada pemiliknya... Abg pun sama..." mya senyum... Tapi hati mya bercelaru... "abg sebenarnya dah kahwin dan abg ada 3 org anak..." "abg terpaksa rahsiakan dari mya... Abg cuma nak sediakan payung sebelum hujan... Abg dalam proses berpisah dengan isteri abg... Dia dah ada org lain"... Masa tu tuhan sahaja yang tahu perasaan mya... Hancur luluh... Tergamak dia rahsiakan perkara tu dari mya... Mya menangis semahunya... Mya rasa tertipu... Mya suruh dia balik kepada keluarga... Tapi dia tetap mengatakan dia sayangkan mya... Mya memang sayangkan dia... Tapi mya tak sanggup merosakkan kebahagiaan wanita lain... Lebih-lebih lagi anak-anak dia... Mya suruh dia kembali pada anak-anak... Asuh anak-anak hingga dewasa... Dan andainya ada jodoh mya dengan dia... Mya akur setelah anak-anak berjaya... Sekali lagi mya dilukai... Mya rasa sangat-sangat tertipu....

Bertemu semula

2002... Mya habis study... Mula bekerja... Masa ni hubungan mya dengan fiq dah mula goyah... Fiq duga cinta mya terlalu banyak... Sepanjang menyintai fiq, mya berendam air mata... Mya memang sangat sayangkan fiq... Tapi yang membuat mya kecewa... Fiq marahkan mya bila mya bertanya bila dia akan datang merisik mya... "kau tak reti bahasa ke?"... Aduhai... Pedihnya kata-kata fiq... Saban hari mya mengalah... Mengikut saja apa kata fiq... Sampai lah satu hari fiq bawa perempuan balik ke rumah fiq semata- mata nak sakitkan hati mya sebab mya tak dapat balik sambut birthday fiq... Gelap alam seketika... Tapi Allah maha adil fiq... Dia bukakan pintu hati mya untuk melepaskan fiq... Dengan redha mya jauhkan diri dari fiq... Tapi fiq cari mya lagi... Dalam masa kita bercinta fiq tak pernah hadiahkan apa-apa untuk mya... Tapi hari tu... Fiq datang ke rumah mya menangisi keputusan mya... Maaf fiq... Hati mya dah tertutup buat fiq... Mya dah penat... Dan malam itu juga mya tutup pintu hati mya untuk fiq... Walau ada kasih bersisa... Mya lebih rela sendiri fiq... Dalam mya untuk melangkah melupakan kisah cinta... Dia hadir kembali dalam hidup mya... Entah kenapa mudah benar hati ini menerimanya... Mungkin dengan harapan agar hati yang terluka akan terubat... Mya terima dia dalam hidup mya... Walaupun ditentang keluarga... Mya teruskan juga... Mungkin kerana rasa cinta yang dah lama hadir dalam diri mya... Mya gembira dengan dia...

when we first met

1999... Mya masih ingat pertama kali mya bertemu dengan dia... Mya temankan kawan jumpa denga dia... Blind date... Bukan mudah mya nak sukakan seseorang... Sepanjang mya hidup, inilah pertama kali hati mya terdetik... Orang kata cinta pandang pertama... Hati mya jadi cemburu bila dia keluar dengan teman mya... Hubungan mereka tak lama... Baru mya tahu rupa-rupanya dia pun sukakan mya bila pertama kali terpandangkan mya... Tapi masa tu mya dah terima orang lain dalam hidup mya... Fiq... Mya dah berjanji untuk menjaga hati Fiq.. Mya serba salah... Mya jauhkan diri dari dia... Mya tak boleh mungkir janji... Lagipun Fiq sayang mya... Mya tahu dia cari mya... Sampai ke universiti mya dia cari mya... Tapi yang dia tahu hanya nama 'MYA'... Melalui teman lain juga dia merisik cerita tapi mya makin jauh...

Here it goes...

Salam pembuka kata... Pemula bicara... Blog ini hanyalah sebagai tempat mya meluahkan hati yang terbuku selama ini... Tidak bertujuan untuk memalukan diri sendiri atau meminta simpati dari sesiapa... Cuma mahukan jalan penyelesaian yang terbaik di sepanjang hidup mya di bumi milik Allah ini... Kalian boleh membaca... Memberi pendapat... Mya terima dengan hati terbuka... Mya terpaksa begini kerana mya tak punya sesiapa untuk mengadu... Hanya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... Tak terbendung rasanya sakit yang mya tanggung walau mya tahu... Masih ada yang menanggung penderitaan yang lebih teruk dari mya... Mya cuma inginkan pendapat ikhlas kepada sesiapa yang membaca blog mya ini...