Isnin, 4 Jun 2012

Bertemu semula

2002... Mya habis study... Mula bekerja... Masa ni hubungan mya dengan fiq dah mula goyah... Fiq duga cinta mya terlalu banyak... Sepanjang menyintai fiq, mya berendam air mata... Mya memang sangat sayangkan fiq... Tapi yang membuat mya kecewa... Fiq marahkan mya bila mya bertanya bila dia akan datang merisik mya... "kau tak reti bahasa ke?"... Aduhai... Pedihnya kata-kata fiq... Saban hari mya mengalah... Mengikut saja apa kata fiq... Sampai lah satu hari fiq bawa perempuan balik ke rumah fiq semata- mata nak sakitkan hati mya sebab mya tak dapat balik sambut birthday fiq... Gelap alam seketika... Tapi Allah maha adil fiq... Dia bukakan pintu hati mya untuk melepaskan fiq... Dengan redha mya jauhkan diri dari fiq... Tapi fiq cari mya lagi... Dalam masa kita bercinta fiq tak pernah hadiahkan apa-apa untuk mya... Tapi hari tu... Fiq datang ke rumah mya menangisi keputusan mya... Maaf fiq... Hati mya dah tertutup buat fiq... Mya dah penat... Dan malam itu juga mya tutup pintu hati mya untuk fiq... Walau ada kasih bersisa... Mya lebih rela sendiri fiq... Dalam mya untuk melangkah melupakan kisah cinta... Dia hadir kembali dalam hidup mya... Entah kenapa mudah benar hati ini menerimanya... Mungkin dengan harapan agar hati yang terluka akan terubat... Mya terima dia dalam hidup mya... Walaupun ditentang keluarga... Mya teruskan juga... Mungkin kerana rasa cinta yang dah lama hadir dalam diri mya... Mya gembira dengan dia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan